Assalamualaikum...diam tak diam dah masuk hari yang ke 15 kita di bulan ramadan ni. Cepat sungguh masa berlalu. Harap2 tu kita semua telah memperolehi sedikit sebanyak keberkatan dari bulan yang mulia ini. Sepanjang bulan ramadan ini, alhamdulillah segala urusan telah berjalan dengan lancar. Jika tahun lepas, aqeelah berjaya berpuasa selama 11 hari tahun ini dia berazam untuk berpuasa sebanyak yang mungkin. Setakat hari ini, alhamduliilah baru 2 hari dia ponteng. Haaziq..buat masa ni tak lagi puasa...dia baru 4 tahun ...bagi dia lagi 2 tahun insyallah mungkin masa umurnya 6 tahun bolehlah dia bermula berlatih puasa. Tapi dialah yang yang paling sibuk tiap kali waktu berbuka. Selalunya kami akan buka siaran TV1 untuk mendengar azan maghrib...dan Haaziq akan menjerit-jerit bagitau " dah azan dah azan....". Hafeez pun nak jugak menyibuk...
anyway..bulan puasa ni memang selalu teingatkan masakan mak. hmmm favourite sekali mesti cucuq udang, kanji, cara berlauk, laksa...and banyak lagi. Actually bukan tak boleh buat sendiri or beli cuma tak sama la rasanya. Contohnya cucuq udang..kalau kat sini org cicah dengan sos cili ja..kalau mak buat mesti ada kuah kacang..ada taukua (tauhu) goreng, timun and sengkuang..., laksa plak..kat kedah ada laksa teluk kecai...tapi kat sini..konon orang selalu cakap laksa utara..tapi amatlah jauuuh bezanya...hmm kalau sahur mak selalu masak daging goreng kering.. dah try buat tapi tak jugak jadi/rasa cam tu ...heheh itulah magic ayaq tangan mak kan...
ingat lagi masa dulu2..kalau mak buat kuih berbuka mesti buat lebih ..lepas tu pukul 6-630ptg mulalah berhantar kat jiran sebelah menyebelah..ada la kat 5 buah rumah kami berhantar..seronok masa tu..nanti mesti dapat balas macam2 kuih.. yang syoknya tu kuih yang orang hantar macam sedap sangat padahal sebenarnya biasa ja hehehe...masa duduk rumahs ewa dulu..kejiranan tu ok la juagk ada jugak yang masih berhantar..masa hari cuti ka..tapi kawasan rumah baru ni..nampaknya macam tak ada pun jiran yang sebegitu. ada pun sorang je..yang lelain tu bayang pun tak nampak...semuanya sibuk..hmm agaknya nanti masa2 depan zaman anak cucu kita tah ada ke tak lagi hantar menghantar makanan masa bulan puasa kan..
Dalam bulan ramadan jugak yang menyeronokkan adalah sembahyang terawih. Seronok tengok orang ramai2 pergi sembahyang terawih. . Pengalaman yang paling tak boleh lupa masa terawih kat Slim River. Masa tu tengah buat kursus english kat CML...kami semua tinggal kat rumah kedai..dibawah tu petang2 ada pasar ramadan...senang la nak membeli belah. Malam pi terawih kat masjid slim river yang letaknya kat tepi jalan. Kelakar bila tengok sorang2 ngan telekung jalan tepi jalan raya besar nak pi sembahyang terawih..Sekarang kalau nak terawih pun kat rumah saja..sebab Hafeez kecik lagi tak de org nak jaga....
Hmm..seronok kenang zaman dulu2 berpuasa..lain dari sekarang bila dah berkeluarga..rindu pun ada bila pikir2kan masa2 tu..Moga-moga kita semua memperolehi keberkatan dari NYA dibulan yang mulia ini....selamat meneruskan ibadah puasa!
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
10 months ago
7 comments:
Syiokkan kenangan zaman kecik2. I wonder how will ramadhan be in 10 yrs time from now kan? ada lagi tak tukar2 kuih mcm tu...u make me smile while reading...teringan zaman dolu2.
mesti neighbor aku pun comment "tak nampak bayang pun".. hehehe. After pick-up the kids, aku akan buka puasa kat umah kakak aku.. Balik rumah - dah mlm.. Eerybody is insise the house except for some bapak2 dok bersembang kat pagar. terawikh pun kat rumah ja..
Amy.. you don;t have to wait for the next 10 yrs. Sekarang pun dah tak de tukar2 kuih.. semuanya, pasar ramadhan.. hehehe..
Salam Yus,
Selamat berpuasa Yus. Yes , nothing can compare to berbuka puasa dengan keluarga.
Selamat menjalani ibadah berpuasa. This a.m. I was reading again the book you gave me before I came to BDA. Thanks a lot. Miss you.
CL
puasa tahun rasa extra best. tak tau kenapa..cuma harap2 aku boleh start puasa before the last ten days of ramadahan. selamat berpuasa.
sab
Selamat Hari raya..Maaf Zahir & Batin Yus!
Awat tak update?
Anyway, kalau ke Kulim tu tipon le...mai la rumah!
Yus,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin from our family. Hope to see you all this raya insyaAllah.
Angah & Family
Hi yus,
No need to wait 10 years. I never experience exchanging kuih during raya.
-dayna-
Post a Comment