Wednesday, October 31, 2007

Tuesday, October 23, 2007

Selamat Hari Raya

Sempena bulan Syawal yang mulia ni harap2 masih belum terlambat untuk kami sekeluarga ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin". Jemputlah ke rumah kalau nak rasa kuih raya ...ada kuih tunjuk ada kuih buat sendiri hehehe..Tahun ni turn raya kat my hometown Alor Setar. Seronok la...alhamdulillah dapat jumpa semua sanak saudara...plan nak jumpa kawan2 pulak terbantut sebab banyak masalah teknikal..tak ada rezeki nak jumpa..insyallah lain kali no. Gambar raya kali ni banyak yang tak cukup syarat..pasalnya budak2 dua orang tu berebut nak jadi cameraman/woman..jadi adalah gambar yg senget situ sini..gambar yg tak da kepala...dan macam2 lagi. Anyway..nanti i will upload a few more buat tatapan semua. Selamat Hari Raya!

Thursday, September 27, 2007

Cerita di bulan ramadan

Assalamualaikum...diam tak diam dah masuk hari yang ke 15 kita di bulan ramadan ni. Cepat sungguh masa berlalu. Harap2 tu kita semua telah memperolehi sedikit sebanyak keberkatan dari bulan yang mulia ini. Sepanjang bulan ramadan ini, alhamdulillah segala urusan telah berjalan dengan lancar. Jika tahun lepas, aqeelah berjaya berpuasa selama 11 hari tahun ini dia berazam untuk berpuasa sebanyak yang mungkin. Setakat hari ini, alhamduliilah baru 2 hari dia ponteng. Haaziq..buat masa ni tak lagi puasa...dia baru 4 tahun ...bagi dia lagi 2 tahun insyallah mungkin masa umurnya 6 tahun bolehlah dia bermula berlatih puasa. Tapi dialah yang yang paling sibuk tiap kali waktu berbuka. Selalunya kami akan buka siaran TV1 untuk mendengar azan maghrib...dan Haaziq akan menjerit-jerit bagitau " dah azan dah azan....". Hafeez pun nak jugak menyibuk...
anyway..bulan puasa ni memang selalu teingatkan masakan mak. hmmm favourite sekali mesti cucuq udang, kanji, cara berlauk, laksa...and banyak lagi. Actually bukan tak boleh buat sendiri or beli cuma tak sama la rasanya. Contohnya cucuq udang..kalau kat sini org cicah dengan sos cili ja..kalau mak buat mesti ada kuah kacang..ada taukua (tauhu) goreng, timun and sengkuang..., laksa plak..kat kedah ada laksa teluk kecai...tapi kat sini..konon orang selalu cakap laksa utara..tapi amatlah jauuuh bezanya...hmm kalau sahur mak selalu masak daging goreng kering.. dah try buat tapi tak jugak jadi/rasa cam tu ...heheh itulah magic ayaq tangan mak kan...
ingat lagi masa dulu2..kalau mak buat kuih berbuka mesti buat lebih ..lepas tu pukul 6-630ptg mulalah berhantar kat jiran sebelah menyebelah..ada la kat 5 buah rumah kami berhantar..seronok masa tu..nanti mesti dapat balas macam2 kuih.. yang syoknya tu kuih yang orang hantar macam sedap sangat padahal sebenarnya biasa ja hehehe...masa duduk rumahs ewa dulu..kejiranan tu ok la juagk ada jugak yang masih berhantar..masa hari cuti ka..tapi kawasan rumah baru ni..nampaknya macam tak ada pun jiran yang sebegitu. ada pun sorang je..yang lelain tu bayang pun tak nampak...semuanya sibuk..hmm agaknya nanti masa2 depan zaman anak cucu kita tah ada ke tak lagi hantar menghantar makanan masa bulan puasa kan..
Dalam bulan ramadan jugak yang menyeronokkan adalah sembahyang terawih. Seronok tengok orang ramai2 pergi sembahyang terawih. . Pengalaman yang paling tak boleh lupa masa terawih kat Slim River. Masa tu tengah buat kursus english kat CML...kami semua tinggal kat rumah kedai..dibawah tu petang2 ada pasar ramadan...senang la nak membeli belah. Malam pi terawih kat masjid slim river yang letaknya kat tepi jalan. Kelakar bila tengok sorang2 ngan telekung jalan tepi jalan raya besar nak pi sembahyang terawih..Sekarang kalau nak terawih pun kat rumah saja..sebab Hafeez kecik lagi tak de org nak jaga....
Hmm..seronok kenang zaman dulu2 berpuasa..lain dari sekarang bila dah berkeluarga..rindu pun ada bila pikir2kan masa2 tu..Moga-moga kita semua memperolehi keberkatan dari NYA dibulan yang mulia ini....selamat meneruskan ibadah puasa!

Thursday, September 13, 2007

8 years ago....

September 4, 1999 ...time flies but our love stays! Happy Anniversary Dear. Looking forward for more wonderful years ahead.


mak oii banyaknya labuci..tak percaya i pakai that wedding dress..tapi at that time itu ja yang ada and within my budget. MD cakap sebelum akad nikah tu, tuk imam ada tanya dia makna perkataan "muhasabah" ka "muzakarah"...and he could not answer it. Nasib tuk imam baik hati terangkan kat dia heheh. Alhamdulillah dengan satu lafaz dah selamat kami diijabkabulkan. Doakan jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat

Tuesday, September 11, 2007

updates!!

mak oiii dah berabuk n bersawang nya this blog..mintak maaf banyak2 la ya to those yg drop by this past few months..nak kata busy, tak ada masa ..hmm tak la jugak...tak de idea?? ya la jugak..insyallah will try my best to update the blog..tunggu naa

Thursday, June 21, 2007

what will be will be

"Que sera sera
What will be will be"
Exactly 9 years ago i graduated from Northeastern University in Boston. It was such a wonderful day. Graduated with Bachelor of Science degree in Business Management, i had so many plans at that time. If you had ask me that very moment, where do i see myself in 9-10 years ? My answers would be happily married with kids, nice home and working (read:careerwoman). Alhamdulillah...all my dreams come true except one. Yupp you got it right..it has never cross my mind 9 years ago that, i will be a full time housewife. The least that i thought i would be, kerja few years then after a while maybe in the 40s i would retire...i had to put up (pekak kan telinga) with lots of comments especially with close relatives and people i met when i told them am a fulltime housewife with degree. Regret? No ...not at all. But tipulah if i said i never think about it at all. There were days when i would imagine how's life would be the other way around...tapi Allah SWT lebih mengetahui. Maybe this is my path..kita hanya boleh merancang tapi hanya dengan ketentuanNYA barulah ia tercapai..
Anyway,..before i go on and on...just want to wish my dearest friend Aminah...( in the 2nd pic with MD and me) happy birthday...her birthday is on June 20 same day with our commencement. Hope she is well..coz lately dia senyap je..keeping low profile??


By the way...i graduated that day not only with an honor degree but with MD on my side too! 2 dalam 1.
"now i have children of my own
they ask their mama what would they be?"
will i be pretty, will i be rich
i tell them tenderly"
que sera sera...what will be will be.."












Monday, June 18, 2007