I found this article in Berita Harian a while ago and decided to post it here. There are some interesting tips if we want to have this "tumbuhan dapur" in our backyard. They not only work as kitchen landscape but very useful in the kitchen too.
Selain tanaman hiasan, anda sebenarnya boleh menghiasi halaman rumah (sama ada di hadapan atau belakang) dengan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan ulam yang boleh dimakan. Jika orang lain memilih tumbuhan berbunga, tiada salahnya anda menimbulkan kelainan dengan menanam pelbagai jenis ‘tumbuhan bahan dapur'.
Tanaman itu bukan saja boleh menyuburkan tanah dan mencantikkan halaman, malah boleh dijadikan sumber makanan dan menjimatkan belanja pasar. Konsep menanam tumbuhan boleh makan dipanggil hiasan landskap boleh makan.Anda boleh membentuk kebun dapur anda sendiri, sama ada menanamnya di halaman depan atau belakang rumah. Kelebihan membuat kebun dapur ialah anda berpeluang mendapat sayur atau ulam yang lebih segar, bersih dan terjamin kerana anda menanamnya sendiri.Tidak perlu risau soal sisa racun serangga perosak kerana anda boleh menggunakan bahan semula jadi atau barang dapur untuk mengawal serangan serangga.Serangga perosak boleh dikawal dengan menyembur campuran air sabun dan bawang putih pada pokok yang diserang terutama kucai dan serai wangi daripada cacing nematoda, kutu daun dan semut.Cara itu lebih murah, senang dan tidak membahayakan. Lebih penting tanaman itu segar dan boleh dimakan segera.
Pastikan tanaman tidak ditanam terlalu dalam atau cetek. Padat dan ratakan tanah sekeliling pokok sebelum disiram.Kadar kekerapan siraman bergantung kepada jenis pokok. Pokok yang mengandungi banyak air seperti lidah buaya tidak memerlukan siraman kerap.Satu langkah memastikan kelembapan mencukupi adalah dengan memancang kayu pada tapak tanaman. Cabut kayu pemancang dan lihat pangkalnya. Jika tanah yang melekat itu lembap, ia bermakna tanaman cukup air dan tidak perlu disiram.Tumbuhan yang boleh dimakan atau untuk tujuan masakan seperti limau kasturi, cili, bayam, pandan, serai dan halia juga boleh ditanam dalam pasu besar. Ada pokok yang perlu dicantas dan ada yang perlu dicabut setelah satu musim terutama pokok bermusim seperti ulam raja.Pokok jenis herba naungan seperti selom dan kesum perlu dicantas supaya dapat mengeluarkan daun lebih sihat dan bercabang.Pokok herbasaka seperti kunyit, serai, halia, lengkuas dan temu seeloknya digali umbinya, dibelah dan ditanam semula setiap dua atau tiga tahun.Pokok jenis kayu seperti limau nipis, kasturi dan purut perlu dicantas apabila terlalu tinggi. Selain memudahkan, cantasan dapat mengekalkan bentuk, konsep dan kecantikan landskap dapur.
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
10 months ago